Friday, 27 June 2014

Tora datang lagi!!

Tora datang lagi!!!

Macam iklan kan? Sebenarnya bukan tora yg aku maksudkan. Bulan ramadhon!

ramadhan tiba, ramadhan tiba ,ramadhan tiba, marhaban ya ramadhan, marhaban ya ramadhan.

Siap ada selingan nasyid pulak. haha

Alhamdulillah Allah masih izinkan dan bagi lg peluang untuk berpuasa lg di bulan mulia ni.

Alhamdulillah!! kata khatib semalam bulan puasa ni bulan pesta pahala. Bulan bonus. pahala lipat kali gnda ooo
!!


Aku rasa apa yg mencabar utk ramadhan tahun ni bagi kebnykan lelaki adalah world cup betul 
?.


Part nih wife aku suke pasal aku. Kalau dulu aku tegar gak kaki lepak mamak kalo tengok bola ni. 
Tapi skang dah boleh tukar dah. Apa yg penting famili aku. 
Takkan nak terhegeh-hegeh nk bwk berbondong- bondong anak bini aku pergi lepak. Tambahan orang yang tgk bola ni kebanyakan tgk asap sekali. haha. 

Even kat rumah pun aku tak tgk melainkan aku dok rumah nekmi. Mak mertua aku. hehe. 

Tak salah aku ada sekali khutbah jumaat   ada cerita pasal ni.
Bola bola jugak. tapi taksalah kita tahajud dlu sblum tgk bola kan? kalau kita boleh luangkan 90minit tgk bola takkan 5minit nk solat 2 rakaat sujud mintak ampun pun takde masa kan
? hehe. 
Jom improve diri. build it better
!

pesanan buat diri sndiri jugak ni. nampak sangat kurang pergi majlis ilmu.  Ada pun time khutbah jumaat aje. huhu

Friday, 18 October 2013

blessed

Assalamulaikum.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukur sangat dengan pemberian Tuhan.

Maaf la kalo tajuk post kali ni dalam bahasa inggeris. Walaupun aku tak sekolah tinggi, aku nk cuba cakap english nih. hahah

Aku rasa masih belum terlewat untuk aku dan keluarga ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha". Setiap kali Aidil Adha kan kita sentiasa teringat kisah Nabi Ibrahim dgn Nabi Ismail. Wife aku pulak akan suka bila namanya sentiasa kene sebut kan. Sebab Hajar kan nama isteri Nabi Ibrahim. haha.


Aku lak , tiap kali hari raya aidil adha, aku akan teringat arwah abah. Dulu abah rajin bg kursus umrah dengan gaya sendiri. Kecik- kecik dulu aku selalu gak teman arwah abah buat kursus. haha. Sampai aku bgthu semua orang, AJK masjid tempat arwah abah jadi imam yang aku nk pergi Mesir masa tingkatan 4. haha.

Tak sangka aku ada BIG DREAM sejak kecik lagi. Sebab tu agaknya aku belajar rajin-rajin kot. hahaha. And aku rasa kalau zaman dulu dah popular laman sosial ,facebook , twitter, youtube ni arwah abah dah popular kot. haha. Sebab setiap ceramah die mesti selitkan lawak-lawak yg berilmu tapi apakan daya dia dah tak da sekarang. Kadang-kadang time arwah jadi "Tok Kadi" pun masih melawak .

Perginya arwah abah bg kesan kat kitorang. Tapi aku bersyukur sangat. Arwah abah tak tinggalkan harta yg sesetengah orang banggakan. Tapi arwah dah bekalkan ilmu agama yg aku rasa cukup untuk aku dan family.

Aku kadang-kadang tengok jugak kehidupan orang terdekat. Katanya hidup selesa, tapi anak-anak huru hara. Sebab tak berpegang dengan ajaran agama. Ada gak yg hidup susah, tapi still tak pegang dengan ajaran agama. Tapi apa salahnya kalau kita ada peluang untuk jadi orang yg selesa kewangannya dan selesa juga dalam agamanya. Itu la cita-cita aku sekarang.

Satu pesan aku aku ingat sampai sekarang dan bila-bila. Abah selalu pesan "SOLAT 5 WAKTU JANGAN TINGGAL" . Tak da solat hidup huru hara. Rezeki pun huru hara. Terkesan jugak dengan khutbah jumaat tadi. Allah sentiasa menguji hambanya. Ada manusia yg Allah bg kekayaan tapi keselesaan itu akan merosakkan hidup mereka. Na'uzubillah. Moga kita dijauhkan dari keadaan sebegitu.

Even tak ada kaki pun still solat. Inikan kita yg sempurna.

Yes.Duit bukan segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit. Aku tak cakap kita tak perlu jadi kaya. Tapi kalo kita ada option nk jadi kaya untuk bantu muslim yg lain apa salahnya. Kita pun boleh pilih untuk jadi kaya dan selesa dalam pada yg sama kita jaga agama sebetulnya. Lagi bagus apa . Betulkan?

Alhamdulillah aku sangat suka dengan apa yg aku buat sekarang. Herbalife mengajar aku lebih dari berimpian besar. Aku dah cukup terinpirasi dengan leader-leader islam dari Malaysia dan Indonesia. Maybe sekarang aku belum cukup berjaya. Aku akan buktikan one day aku akan jadi orang yg ucapkan "Assalamuaikum dan Alhamdulillah" di pentas dunia. Itu pun one of my dream now. InsyaAllah..




Wednesday, 5 June 2013

Dah ready ke nak jadi Baba?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah .

13 Mei yg lepas syifa' genap setahun. Wowwww. Amazing gila pengalaman dah jadi baba Syifa' selama setahun ini. Korang ready tak nak jadi Baba??

Soalan dibawah ditujukan khas untuk para ayah.

Korang ready tak nak jaga malam?
Korang ready tak nak tukar pampers baby?
Korang ready tak nak basuh berak baby?
Korang ready tak kereta korang jadi tempat mainan anak korang , tempat anak korang makan sepah sepah , diapers changing room?
Yg paling best korang ready tak nak terima kalau anak korang berak atas seat kereta?.

hahahahahhaha

Soalan diatas tidak berniat pun nak takutkan bakal bapa sekalian.Cuma korng ke thu camne nk handle. It's simple. Korang mesti ada FIRST TIME. Memang susah. Tapi aku pernah belajar dulu .

EVERYONE HAS THEIR FIRST TIME.

Memang FIRST TIME tukar pampers FIRST TIME basuh berak baby.

Tak perlu sgt kalo korang nk tukar pamper cam mamat bawah nih


korang kena paham.betul betul


Alhamdulillah. aku lelaki tulen. haha. Sebenarnya, Jadi baba nih sgt seronok. Memang challenging tapi kita mesti tempuh juga. Sebenarnya anything kita start dengan DECISION. Aku dah DECIDE aku kawen awal. Aku DECIDE aku nk jadi baba yg baik. Aku DECIDE nak ada masa yg banyak dengan wife dan syifa'.
DECISION aku yg buat aku kuat balik.

And kalo tanpa wife yg sgt supporting nih aku pun tak g jauh mana. Wife aku sabar sangat ngn aku(eh yeeeekeee), hahah. Thanks wife.


Gambar masa awal awal kawen dulu. 


Gambar masa kendur abg alvi.
Bezakan gmabr kat atas ngn kat bawah tuh

Kesempatan nih gak aku nk ucapkan happy 1st Anniversary pada wife yg ku cintai semoga terus kekal happy and cantik and cute sentiasa. I love u both.....

Saturday, 29 December 2012

Go Go Syifa

Ya Allah....

Azra Syifa' membesar dengan pantas dgn susu ibu. Yang di perkaya dengan vitamin dan protein yg tinggi. Ceritaaaaa. macam aku penah rasa. haha..


Yes..syifa dah mula dah tukar hobby skang. Kalo dulu suka merangkak, skang die dah suka panjat-panjat. Last night, masa aku balik dari HOM kat Nutricity. Syifa' memang merancang untuk tak nak tidur. Yes. dia dah mula panjat meja..Panjat kerusi. capai itu capai ini.

Hahaha mula-mula Syifa' nk belajar berdiri. Memang dia nangis-nangis. Bila aku tgk Syifa nangis, aku pun nangis gak. hahah. Jangan terkejut. Muka je nampak ganas. Tapi dalam hati tetap ada taman.

Gambar ini adalah gambar hiasan semata-mata.
(Bukan sehodoh nih la aku nangis.Yela takkan nangis nak amik gambar sendiri.hahaha)

Tapi Syifa' tak pernah berhenti berusaha. Walaupun bnyk kali jatuh, die tetap bangun. dan cuba cuba dan cuba lagi.

Yes aku pun sedar. Dalam kehidupan seharian nih, kita pun tak boleh cepat sgt putus asa. Kita kene belajar dari kesalahan. Pengalaman memang mendewasakan. Dan jangan berhenti mencari peluang dan cuba sampai betul-betul berjaya.

See....

Now Syifa boleh bangun dengan tersenyum. Bagi aku senyuman Syifa' la pengubat jiwa raga. hihi..

Thanks Allah.



Tuesday, 14 February 2012

Sudah sekian lama

Sudah sekian lama x mgupdate blog nih..dah penuh sawang2 dah..

Ada banyk bende nk cerita nih..tapi x berkesempatan kerana kesibukkan kota...

adus..nntikan topik2 yg hangat lepas nih ea...hihi

Thanks

Monday, 19 September 2011

Abaya Cantik...OPEN FOR PRE-ORDER

eo!

musim2 raya ni aku tengok banyak lak kaum hawa yang borong baju kan. tengok contoh terdekat sudah, bini aku je beli 2 baju baru, tu naseb 2 je, kalau aku tak halang mau die beli 4, 5. haish, sebab tu aku jadi menteri kewangan dia jadi menteri makanan. aku menteri perancang keluarga dia menteri kesihatan. hahahahaha

owh, tujuan asal aku mencoret entri baru ni, eh coret ke? taip kot, okeh. taip entri baru ni pasal nak mewar-warkan pada sekalian umat yang aku nak  open pre-order untuk satu lagi jenis pakaian wanita yang sangat cun dan elegan, ala-ala orang arab gitu, haa namanya ABAYA.

ABAYA ni ala-ala jubah tapi beza dari segi cutting baju nn design je, mostly ABAYA ni yang pakai orang arab la kan, tapi ABAYA ni banyak foreigners yang dari pelbagai negara yang pakai.

kalau tengok kan statistik pemakaian ABAYA di kalangan muda remaja macam kita ni, yang pakai banyak yang students, yg g ofis, yang gaya muslimah. ala..ABAYA ni jenis yang open for all..so sape2 je leh pakai. kalau datang gombak pegi UIA, ABAYA ni dah  berleluasa dah..melampau2.. budak bukan foreigner pun pakai. Bini aku cakap kalau pegi USIM pun sama, ramai je pakai.. aritu aku g jalan TAR, aku tengok banyak je kaum wanita pakai ABAYA, walaupun di tengahari.aku tanya bini aku, tak panas ke kan, dia cakap tak la, ABAYA ni ikut jenis kain gak. kebetulan bini aku pun minat kat ABAYA ni, dia de gak satu ABAYA hitam turquise-biru. lawa dowh macam bidadari! hahahaha

owh, aku dapat peluang ni bila kawan aku bukak peluang untuk jual ABAYA, ABAYA ni made from USA, material kaen2 die jenis yang comfortable, design tak yah cakap la, elegan dan menarik. paling best, harga pun berpatutan.

HAHA001

RM200
RM150

HAHA002

RM150

HAHA001

RM 275
RM 140



Friday, 16 September 2011

X Best La Kawen Muda..Tul Ke?

As salam...

X bes La kawen Muda.. Betul ke?...Ada tanggapan orang lain kawen muda x best , x bebas dan x syok.Betul ke?...Biar eden celita...

Bestnya nikah muda, sbb kita jauh dari maksiat
Bestnya nikah muda, sbb kita ikut sunnah,
Bestnyer nikah muda, sbb hidup kita lebih terjamin.

Ramai orang takut nk nikah muda sbb.

Aku tak cukup ENJOY,
Aku tak SEDIA,

Senang cite camni, mane ENJOYnye kalo korang dah da GF or BF tapi HARAM segalanye. P korang wat gak bende HARAM tu. TAPI alangkah ENJOY nyer kalo :

Korang dating tanpa rasa bersalah,
Korang pegang tangan tanpa ragu2,

Tul x?

Bagi mereka2 yag risau sangat masalah2 yg akan menimpa, korang jangan risau. Pasti ade je rezeki mendatang.InsyaAllah. Yakin kat Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki.
Aku pn ade cerita aku sendiri, pasal nk diri kan masjid atau nikah ni cam2 jadi.Perkara yg paling aku xleh lupakan dan kalo aku cerita pon korang mesti pelik adalah:

AKU PERNAH DI PECAT KERJA SBB AKU NK KAWEN

Percaya x? Tu la hakikatnya. Aku diberhentikan keje sbb semata-mata aku x dgr cakap BOSS aku yg x suroh aku kawen..hihihi...

Tapi Syukur Alhamdulillah, Tuhan bg rezeki, aku dapat tempat kerja yg lain, yg syok, syukur kehadrat ilahi....