Friday 18 October 2013

blessed

Assalamulaikum.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukur sangat dengan pemberian Tuhan.

Maaf la kalo tajuk post kali ni dalam bahasa inggeris. Walaupun aku tak sekolah tinggi, aku nk cuba cakap english nih. hahah

Aku rasa masih belum terlewat untuk aku dan keluarga ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha". Setiap kali Aidil Adha kan kita sentiasa teringat kisah Nabi Ibrahim dgn Nabi Ismail. Wife aku pulak akan suka bila namanya sentiasa kene sebut kan. Sebab Hajar kan nama isteri Nabi Ibrahim. haha.


Aku lak , tiap kali hari raya aidil adha, aku akan teringat arwah abah. Dulu abah rajin bg kursus umrah dengan gaya sendiri. Kecik- kecik dulu aku selalu gak teman arwah abah buat kursus. haha. Sampai aku bgthu semua orang, AJK masjid tempat arwah abah jadi imam yang aku nk pergi Mesir masa tingkatan 4. haha.

Tak sangka aku ada BIG DREAM sejak kecik lagi. Sebab tu agaknya aku belajar rajin-rajin kot. hahaha. And aku rasa kalau zaman dulu dah popular laman sosial ,facebook , twitter, youtube ni arwah abah dah popular kot. haha. Sebab setiap ceramah die mesti selitkan lawak-lawak yg berilmu tapi apakan daya dia dah tak da sekarang. Kadang-kadang time arwah jadi "Tok Kadi" pun masih melawak .

Perginya arwah abah bg kesan kat kitorang. Tapi aku bersyukur sangat. Arwah abah tak tinggalkan harta yg sesetengah orang banggakan. Tapi arwah dah bekalkan ilmu agama yg aku rasa cukup untuk aku dan family.

Aku kadang-kadang tengok jugak kehidupan orang terdekat. Katanya hidup selesa, tapi anak-anak huru hara. Sebab tak berpegang dengan ajaran agama. Ada gak yg hidup susah, tapi still tak pegang dengan ajaran agama. Tapi apa salahnya kalau kita ada peluang untuk jadi orang yg selesa kewangannya dan selesa juga dalam agamanya. Itu la cita-cita aku sekarang.

Satu pesan aku aku ingat sampai sekarang dan bila-bila. Abah selalu pesan "SOLAT 5 WAKTU JANGAN TINGGAL" . Tak da solat hidup huru hara. Rezeki pun huru hara. Terkesan jugak dengan khutbah jumaat tadi. Allah sentiasa menguji hambanya. Ada manusia yg Allah bg kekayaan tapi keselesaan itu akan merosakkan hidup mereka. Na'uzubillah. Moga kita dijauhkan dari keadaan sebegitu.

Even tak ada kaki pun still solat. Inikan kita yg sempurna.

Yes.Duit bukan segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit. Aku tak cakap kita tak perlu jadi kaya. Tapi kalo kita ada option nk jadi kaya untuk bantu muslim yg lain apa salahnya. Kita pun boleh pilih untuk jadi kaya dan selesa dalam pada yg sama kita jaga agama sebetulnya. Lagi bagus apa . Betulkan?

Alhamdulillah aku sangat suka dengan apa yg aku buat sekarang. Herbalife mengajar aku lebih dari berimpian besar. Aku dah cukup terinpirasi dengan leader-leader islam dari Malaysia dan Indonesia. Maybe sekarang aku belum cukup berjaya. Aku akan buktikan one day aku akan jadi orang yg ucapkan "Assalamuaikum dan Alhamdulillah" di pentas dunia. Itu pun one of my dream now. InsyaAllah..




Wednesday 5 June 2013

Dah ready ke nak jadi Baba?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah .

13 Mei yg lepas syifa' genap setahun. Wowwww. Amazing gila pengalaman dah jadi baba Syifa' selama setahun ini. Korang ready tak nak jadi Baba??

Soalan dibawah ditujukan khas untuk para ayah.

Korang ready tak nak jaga malam?
Korang ready tak nak tukar pampers baby?
Korang ready tak nak basuh berak baby?
Korang ready tak kereta korang jadi tempat mainan anak korang , tempat anak korang makan sepah sepah , diapers changing room?
Yg paling best korang ready tak nak terima kalau anak korang berak atas seat kereta?.

hahahahahhaha

Soalan diatas tidak berniat pun nak takutkan bakal bapa sekalian.Cuma korng ke thu camne nk handle. It's simple. Korang mesti ada FIRST TIME. Memang susah. Tapi aku pernah belajar dulu .

EVERYONE HAS THEIR FIRST TIME.

Memang FIRST TIME tukar pampers FIRST TIME basuh berak baby.

Tak perlu sgt kalo korang nk tukar pamper cam mamat bawah nih


korang kena paham.betul betul


Alhamdulillah. aku lelaki tulen. haha. Sebenarnya, Jadi baba nih sgt seronok. Memang challenging tapi kita mesti tempuh juga. Sebenarnya anything kita start dengan DECISION. Aku dah DECIDE aku kawen awal. Aku DECIDE aku nk jadi baba yg baik. Aku DECIDE nak ada masa yg banyak dengan wife dan syifa'.
DECISION aku yg buat aku kuat balik.

And kalo tanpa wife yg sgt supporting nih aku pun tak g jauh mana. Wife aku sabar sangat ngn aku(eh yeeeekeee), hahah. Thanks wife.


Gambar masa awal awal kawen dulu. 


Gambar masa kendur abg alvi.
Bezakan gmabr kat atas ngn kat bawah tuh

Kesempatan nih gak aku nk ucapkan happy 1st Anniversary pada wife yg ku cintai semoga terus kekal happy and cantik and cute sentiasa. I love u both.....