Monday 8 June 2015

10 Lagu Nasyid Sesuai untuk Majlis kahwin

Assalamulaikum

Last week , aku ngan wife aku kira dapat banyak juga la jemputan kahwin. Tapi sayang tengah menghayati rendang minang yang sedap lagi enak aku dengar lagu "sakitnya tuh sini" dendangan khas untuk pengantin. Nasib tak tersembur rendang kat muka wife aku. Sakit aku nanti.

Bagi aku seelok-elokmya kalau nak pasang lagu pasang la lagu yang sekurang-kurangkanya mendoakan kebahagian pengantin dan selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. sebab kita sudah pun ikut sunnah. atau lagi baik tak pasang lagu langsung dari pasang lagu yang ntah apa apa.

Untuk post kali ini. aku cuba senaraikan 10 lagi nasyid yang boleh didendangkan dalam majlis perkahwinan. Mungkin ada yang sesuai mungkin tak. Yang penting kualiti video terbaik. Ala- ala zaman 90 an gitu. hahaha

Lepas ini boleh la pusingkan lagu-lagu yang bermakna sikit. Jangan dok syok nyanyi lagu "Sakitnya tuh disini". Langsung tak sesuai untuk majlis perkahwinan.


kasih kekasih-in team


setanggi syurga-in team


mabrouk-irfan makki



permata yang dicari-de hearty


bidadari hidupku-de hearty


insan bernama kekasih-unic


hanya tuhan yang tahu-unic


mahar cinta-devotees


for the rest of my life-maher zain


Selamat mendengar. Video kualiti kurang memberansangkan sebab semua ambil video kat youtube,com

Kalau ada cadagan lain boleh usulkan


Saturday 11 April 2015

5 TIPS MUDAH KOMUNIKASI DALAM ENGLISH





Assalamualaikum

Hari ini aku nak kongsi cara mudah belajar English. Sebenarnya tidak la mudah bagi aku. Aku pun macam beginner saja. Ikut pengalaman aku yang tidak la bijak sangat berbahasa English. Aku dah belajar English dari kecil sampai ke besar, dari tadika sampai habis belajar universiti tetapi end-up bila sampai waktu interview masa nak apply kerja atau berborak dengan pelancong, tahap english aku teruk macam masa aku tadika. Pernah rasa macam itu tak? Ke aku seorang sahaja yang rasa macam ini. hahaha

Sebenarnya topik ini timbul lepas aku bawa anak-anak aku yang comel pergi tonton cerita HOME. Cerita sangat best. Aku tertarik part alien berinteraksi dengan manusia. Cara dia cakap English sangat basic dan mudah untuk difahami. Aku pun boleh kaitankan dengan situasi aku sekarang. Kalau dahulu, aku bekerja walaupun client aku orang cina atau india, aku suka cakap melayu berbanding English. Berbeza dengan sekarang, keadaan memaksa aku, satu hari aku akan cakap lebih 9 jam bahasa english sebab terpaksa support customer luar negara. Haha. The word "terpaksa" harus bold sebab kalau dah bekerja takda yang tak terpaksa. hahaha

As i mentioned earlier, aku bukan bagus sangat berbahasa english. Aku nak share tips mungkin sekurang-kurangnya kita cakap english standard alien dalam cerita HOME. Target kita nak communicate satu sahaja nak bagi orang lain faham kita nak cakap apa.



Aku akan kaitan tips dalam situasi aku sekarang

#TIPS1: CONFIDENT.

Jangan takut salah. Biar gagap. Walaupun dah 16 tahun belajar english, hari pertama aku kerja, Mat Salleh tegur aku, "Can I speak to someone with more english?" Itu dia. hahaha. 16 tahun belajar , 1st day kerja dah kena tegur macam tu. Macam sia-sia aku belajar kan? hahah. Tapi tenang dan confident aku cakap satu satu. Mat salleh tu mula paham.  Target achieved tak? YES

#TIPS2: USE SIMPLE ENGLISH

Dalam situasi aku bekerja, aku akan guna english paling basic. Target aku hanyalah untuk user faham apa yang aku cuba sampaikan. Situasi sama juga aku kaitkan bila aku cakap english dengan pak guard dari Nepal. Diorang sangat berani cakap english walaupun baru jejak kaki di Malaysia. Simple sangat kan.

"Sir, Open window"
"Sir , Malaysia good"
"Sir , Block L is Up"

Aku faham diorang nak sampaikan apa. Target achieved tak? YES

#TIPS3: JANGAN GUNA KAMUS LANGSUNG!

Pelikkan tips3. Aku dah guna kamu oxford dari sekolah rendah sampai universiti end up tak juga pandai cakap. hahah. Nasib tak buat sup saja kamus tu. hahah. Apa yang aku buat sekarang aku cakap dengan confident dan simple english. Kalau mat salleh cakap aku tak paham aku pakai agak-agak saja. Aku rasa cara itu paling mudah nak tambah vocab dalam otak aku yang tak berapa bijak ini.

Paling busuk la aku skang guna kamus english to english atau thesaurus bagi tambah vocab dalam otak aku

#TIPS4: YOUTUBE

Maaflah aku bukan jenis yang suka membaca. Dah banyak buku dalam bahasa english aku beli, tapi sampai sekarang tak habis-habis baca. Bukan buku yang aku beli saja aku tak baca, Novel "Bukit Kepong " tingkatan berapa entah aku pun tak ingat, buku itu pun aku tak habis baca. hahaha

Aku suka tengok movie. Ada orang suka dengar lagu. Terpulang pada individu masing-masing. Aku hanya bagi cadangan

#TIPS5: PRACTICE PRACTICE PRACTICE

Makin hari kita cakap English makin fasih. Makin hari kita tengok youtube makin banyak vocab. Makin kita practice makin confident,

Simple tak?


Ini antara tips yang aku boleh share dengan korang. Kalau korang selesa boleh komen atau share dengan kawan-kawan.

Thanks.


Saturday 8 November 2014

Cara buang Malware Shortcut "Secure Browsing"

Baru - Baru ini wife aku terkena virus "Secure Browsing" kat pendrive dia. Aku dok google cara terbaik nak hapuskan virus tu. Kalau agak- agak korang dah terjumpa shortcut camni dalam pendrive
jangan sesekali tekan shorcut ini. Terus masuk dalam Hard disk korang dan pendrive yang lain

1st steps : Jangan tekan shortcut ini!

 Aku dah cuba scan guna antivirus tp tak berjaya. Hasil review aku kat google so aku ringkaskan step atau cara buang virus tuh.

2nd steps.: Download UsbFix 

Korang try pergi website : http://www.usbfix.net/ website nih bahasa france. haha. korang kene pandai tekan link download dia. Ghupa dia lebih kurang camni la:


Software ini simple tapi berguna. Then cara guna sangat simple. Korang directly boleh tekan button "Clean" . Software akan detect virus dalam PC dan pendrive korang. 


LET'S SAY KALAU KORANG DAH TERTEKAN SHORTCUT TUH
Kalau korang dah tertekan terus ke Step2 . Lepas virus dah dibuang korang kene guna lagi satu freeware. "CCleaner"



Korang pergi kat bahagian Tools >> Start Up. Korang Delete semua file yang ada "LCL_". Then virus hilang. Let's say korang tak buang file "LCL_ " virus boleh masuk balik dalam PC korang. Wokeyh Senang kan?



Kalau artikel ini membantu korang boleh komen. 

goodluck!!






Monday 3 November 2014

Hati- hati ubat doktor!

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, A good day to start my blogging challenge.

 Dah lama tidak meng"update" nih. Kali nih aku nk share sikit pengalaman anak demam kat korang. Orang kata "Experience is the best teacher".

Pengalaman kali ini kira pertama kali dalam life aku semenjak aku bergelar "Baba hensem anak dua". hah!

5 hari lepas yaya mula demam. Memang restless! sampailah ke pagi nih. Yaya tak pernah demam macam nih.Even akak syifa pun takpernah demam lama-lama. Dah almost 4 hari yang aku ngn isteri dengar yaya nangis aje bukan gelak ketawa. Hari pertama demam kami buat macam biasa sahaja. 

Tapi hari kedua kami dah mula risau. Dah agak lewat malam gak sekitar. 11.00 mlm. Badan yaya panas sangat. So, kami bertindak bawa yaya pergi Hospital Selayang. Amazingly ramai sangat budak demam. Musim kah?

Aku, mama ngn kakak syifa teman yaya. Sampai giliran yaya lebih kurang 3 jam lepas tuh, doktor cek yaya demam 38.5 celcius. Panas dah untuk baby.!

Akibat kerisauan, mama pun bgthu doktor yang yaya cirit birit sekali. Doktor amik darah yaya. Alhamdulillah!takde kuman dalam darah yaya.Doktor ada bagi slip untuk ambil ubat kat farmasi. 

Macam biasa farmasi susun ubat kami , Paling pelik yaya demam tapi takde ubat demam. Wife aku guna skit skill lawyer dia tanya macam-macam. haha. Tapi ada lagi satu ubat pelik. Predsone syrup
Farmasi bgthu kami kami kene bg Yaya 13 ml.

13 ml untuk baby bawah 1 Tahun banyak ooooo!
 Banyak sangat!!!




Sepanjang aku jadi baba tak pernah sesekali pun aku jumpa doktor bagi amount 13 ml untuk ubat. It's crazy. Aku ngn wife tanya sebab apa bnyk sangat. Farmasi kata mungkin yaya ada asma. Pergh!! korang main- main dengan wife aku, bekas peguam syariah tau.(hahah padahal takde kaitan.ahaha). Mama kata doktor tdi tak sebut langsung pasal asma tiba-tiba bgthu dekat tempat ambil ubat anak aku ada asma. wohohohoho! Aku tak salahkan farmasi sbb dia bg ubat ikut arahan doktor. Farmasi tu cnfirmkan balik dengan doktor then doktor kata yaya kene treat as asthma. Tak gila aku. ! Nasib wife aku tak ingat nama doktor tuh.

Aku dengan kebijaksanaan aku. aku cek kat doktor google. pergh! Korang nk thu ubat nih apa? Steroid!. Pergh ! Panas. Doktor nk bg steroid kat anak aku yang demam selsema steroid? Korang tak percaya klik link ni.--->>> Info Predsone Syrup

Aku ngan wife bertindak untuk tak bg langsung ubat nih kat Yaya.

Hari Keempat Yaya masih demam lagi. Aku ngn wife bawak ke klinik yang kami sangat suka. Klinik wangsa kat wangsa maju. Kami sangat recommend korang untuk datang klinik nih. Doktor yang korang patut jumpa , Dr Nader. Sangat best! 

Aku rasa perkara yang paling parent bila anak dah sakit adalah consultation yang betul sahaja dari doktor sahaja. Ada sakit cakap ada takda cakap takda. Dr. Nader sangat bagus! Cara dia consult buat ramai parent datang kat situ. Amazing korang akan tgk mostly pesakitnya budak-budak bukan orang tua walaupun Klinik Wanga bukan klinik pakar. Most recommended klinik for parent. ! 


Then pagi semalam kami bawak yaya ke klinik lagi , klinik bt 8 gombak. Kesian Yaya. Kecik- kecik dah pergi merata klinik. Dr Judnesh tak salah aku die bertugas. Die tgk ubat yang kat atas td. Terus marah doktor tuh, Dr Judnesh kata Ini steroid!! Jangan bg baby makan!! Doktor Jugnesh recommend untuk guna natural remedy instead of ubat. He also a good doktor

Lega aku tak bagi Yaya makan ubat tuh, Syukur!!

Peringatan untuk parent: 

  1. kita ada hak nk tanya apa jenis ubat yng doktor nk bg kat anak kita. 
  2. review first before bg anak kita ubat. Lagi-lagi yang bawah 2 tahun.
  3. benda yg paling penting adalah doakan kesihatan anak korang. Fuh!
  4. Cari good consultation from a good doctor! 



 Dan Yaya semakin sihat Alhamdulillah!! Itu pun bi iznillah



Friday 27 June 2014

Tora datang lagi!!

Tora datang lagi!!!

Macam iklan kan? Sebenarnya bukan tora yg aku maksudkan. Bulan ramadhon!

ramadhan tiba, ramadhan tiba ,ramadhan tiba, marhaban ya ramadhan, marhaban ya ramadhan.

Siap ada selingan nasyid pulak. haha

Alhamdulillah Allah masih izinkan dan bagi lg peluang untuk berpuasa lg di bulan mulia ni.

Alhamdulillah!! kata khatib semalam bulan puasa ni bulan pesta pahala. Bulan bonus. pahala lipat kali gnda ooo
!!


Aku rasa apa yg mencabar utk ramadhan tahun ni bagi kebnykan lelaki adalah world cup betul 
?.


Part nih wife aku suke pasal aku. Kalau dulu aku tegar gak kaki lepak mamak kalo tengok bola ni. 
Tapi skang dah boleh tukar dah. Apa yg penting famili aku. 
Takkan nak terhegeh-hegeh nk bwk berbondong- bondong anak bini aku pergi lepak. Tambahan orang yang tgk bola ni kebanyakan tgk asap sekali. haha. 

Even kat rumah pun aku tak tgk melainkan aku dok rumah nekmi. Mak mertua aku. hehe. 

Tak salah aku ada sekali khutbah jumaat   ada cerita pasal ni.
Bola bola jugak. tapi taksalah kita tahajud dlu sblum tgk bola kan? kalau kita boleh luangkan 90minit tgk bola takkan 5minit nk solat 2 rakaat sujud mintak ampun pun takde masa kan
? hehe. 
Jom improve diri. build it better
!

pesanan buat diri sndiri jugak ni. nampak sangat kurang pergi majlis ilmu.  Ada pun time khutbah jumaat aje. huhu

Friday 18 October 2013

blessed

Assalamulaikum.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukur sangat dengan pemberian Tuhan.

Maaf la kalo tajuk post kali ni dalam bahasa inggeris. Walaupun aku tak sekolah tinggi, aku nk cuba cakap english nih. hahah

Aku rasa masih belum terlewat untuk aku dan keluarga ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha". Setiap kali Aidil Adha kan kita sentiasa teringat kisah Nabi Ibrahim dgn Nabi Ismail. Wife aku pulak akan suka bila namanya sentiasa kene sebut kan. Sebab Hajar kan nama isteri Nabi Ibrahim. haha.


Aku lak , tiap kali hari raya aidil adha, aku akan teringat arwah abah. Dulu abah rajin bg kursus umrah dengan gaya sendiri. Kecik- kecik dulu aku selalu gak teman arwah abah buat kursus. haha. Sampai aku bgthu semua orang, AJK masjid tempat arwah abah jadi imam yang aku nk pergi Mesir masa tingkatan 4. haha.

Tak sangka aku ada BIG DREAM sejak kecik lagi. Sebab tu agaknya aku belajar rajin-rajin kot. hahaha. And aku rasa kalau zaman dulu dah popular laman sosial ,facebook , twitter, youtube ni arwah abah dah popular kot. haha. Sebab setiap ceramah die mesti selitkan lawak-lawak yg berilmu tapi apakan daya dia dah tak da sekarang. Kadang-kadang time arwah jadi "Tok Kadi" pun masih melawak .

Perginya arwah abah bg kesan kat kitorang. Tapi aku bersyukur sangat. Arwah abah tak tinggalkan harta yg sesetengah orang banggakan. Tapi arwah dah bekalkan ilmu agama yg aku rasa cukup untuk aku dan family.

Aku kadang-kadang tengok jugak kehidupan orang terdekat. Katanya hidup selesa, tapi anak-anak huru hara. Sebab tak berpegang dengan ajaran agama. Ada gak yg hidup susah, tapi still tak pegang dengan ajaran agama. Tapi apa salahnya kalau kita ada peluang untuk jadi orang yg selesa kewangannya dan selesa juga dalam agamanya. Itu la cita-cita aku sekarang.

Satu pesan aku aku ingat sampai sekarang dan bila-bila. Abah selalu pesan "SOLAT 5 WAKTU JANGAN TINGGAL" . Tak da solat hidup huru hara. Rezeki pun huru hara. Terkesan jugak dengan khutbah jumaat tadi. Allah sentiasa menguji hambanya. Ada manusia yg Allah bg kekayaan tapi keselesaan itu akan merosakkan hidup mereka. Na'uzubillah. Moga kita dijauhkan dari keadaan sebegitu.

Even tak ada kaki pun still solat. Inikan kita yg sempurna.

Yes.Duit bukan segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit. Aku tak cakap kita tak perlu jadi kaya. Tapi kalo kita ada option nk jadi kaya untuk bantu muslim yg lain apa salahnya. Kita pun boleh pilih untuk jadi kaya dan selesa dalam pada yg sama kita jaga agama sebetulnya. Lagi bagus apa . Betulkan?

Alhamdulillah aku sangat suka dengan apa yg aku buat sekarang. Herbalife mengajar aku lebih dari berimpian besar. Aku dah cukup terinpirasi dengan leader-leader islam dari Malaysia dan Indonesia. Maybe sekarang aku belum cukup berjaya. Aku akan buktikan one day aku akan jadi orang yg ucapkan "Assalamuaikum dan Alhamdulillah" di pentas dunia. Itu pun one of my dream now. InsyaAllah..




Wednesday 5 June 2013

Dah ready ke nak jadi Baba?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah .

13 Mei yg lepas syifa' genap setahun. Wowwww. Amazing gila pengalaman dah jadi baba Syifa' selama setahun ini. Korang ready tak nak jadi Baba??

Soalan dibawah ditujukan khas untuk para ayah.

Korang ready tak nak jaga malam?
Korang ready tak nak tukar pampers baby?
Korang ready tak nak basuh berak baby?
Korang ready tak kereta korang jadi tempat mainan anak korang , tempat anak korang makan sepah sepah , diapers changing room?
Yg paling best korang ready tak nak terima kalau anak korang berak atas seat kereta?.

hahahahahhaha

Soalan diatas tidak berniat pun nak takutkan bakal bapa sekalian.Cuma korng ke thu camne nk handle. It's simple. Korang mesti ada FIRST TIME. Memang susah. Tapi aku pernah belajar dulu .

EVERYONE HAS THEIR FIRST TIME.

Memang FIRST TIME tukar pampers FIRST TIME basuh berak baby.

Tak perlu sgt kalo korang nk tukar pamper cam mamat bawah nih


korang kena paham.betul betul


Alhamdulillah. aku lelaki tulen. haha. Sebenarnya, Jadi baba nih sgt seronok. Memang challenging tapi kita mesti tempuh juga. Sebenarnya anything kita start dengan DECISION. Aku dah DECIDE aku kawen awal. Aku DECIDE aku nk jadi baba yg baik. Aku DECIDE nak ada masa yg banyak dengan wife dan syifa'.
DECISION aku yg buat aku kuat balik.

And kalo tanpa wife yg sgt supporting nih aku pun tak g jauh mana. Wife aku sabar sangat ngn aku(eh yeeeekeee), hahah. Thanks wife.


Gambar masa awal awal kawen dulu. 


Gambar masa kendur abg alvi.
Bezakan gmabr kat atas ngn kat bawah tuh

Kesempatan nih gak aku nk ucapkan happy 1st Anniversary pada wife yg ku cintai semoga terus kekal happy and cantik and cute sentiasa. I love u both.....